Karangan Bahasa Melayu

Langkah-langkah Membentuk Amalan Gaya Hidup Sihat

Amalan membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.

Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakat kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamat yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.

Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.

Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masabagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak dihurung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.

Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan,masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka.Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat. Ingatlah slogan yang sering diwar-warkan oleh kerajaan bahawa, “Negara bersih, rakyat sihat”.

Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini. Sesuai dengan falsafah moden yang berbunyi, “Carilah sahabat yang dapat dijadikan ubat, dapat dijadikan penawar hati”.

Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.

Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

.

Tema dan Persoalan (Komsas Tingkatan 5)

Sajak Erti Hidup Bererti : Tema dan Persoalan (Komsas Tingkatan 5)

TEMA
kesunyian hidup yang dilalui oleh golongan warga tua yang sentiasa mendambakan kasih sayang daripada anak-anaknya serta berharap agar anak-anaknya datang menjenguknya.

PERSOALAN

 
Kesunyian hidup pada usia tua Penyajak sentiasa kesunyian kerana malam yang dilalui begitu sepi.

Bagi orang tua tersebut tiada sesiapa akan menziarahinya pada keesokan harinya dan keadaan itu akan berterusan

Kasih sayang orang tua yang tidak dihargai oleh anak-anak

 

 

Sikap anak-anak yang saling menolak tanggungjawab untuk menjaga orang tua

Penyajak membayangkan ketenangan hidup yang pernah dilaluinya pada usia muda. Pada usia tua, penyajak meluahkan rasa kecewa terhadap anak-anak yang kian melupakan ibu yang pernah mengandungkannya. Anak-anak tidak mahu bertanggungjawab menjaga ibu yang sudah tua sebaliknya menghantar dari rumah seorang anak ke rumah seorang anak yang tidak mahu menjaganya dengan lama. Hal ini menyebabkan penyajak berfikir tentang erti kehidupan sebagai ibu yang sebenar kerana dia tidak mempunyai tempat untuk mengadu  sakit.
Harapan ibu bapa kepada anak-anak Penyajak berasa bahawa dirinya sebagai seorang ibu seolah-olah tidak bermakna kepada anak-anaknya. Namun, penyajak berdoa agar anak-anaknya diberi keinsafan atas kesilapan yang dilakukan oleh mereka agar tidak terus menjadi anak derhaka supaya duka dihatinya terubat. Penyajak sedar bahawa tiada yang kekal di dunia ini kecuali Tuhan.

Pengajaran (Komsas Tingkatan 5)

Sajak Erti Hidup Bererti : Pengajaran (Komsas Tingkatan 5)

PENGAJARAN

 
Kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup agar tidak dirundung rasa putus asa Penyajak sentiasa kesunyian kerana malam yang dilalui begitu sepi.

Bagi orang tua tersebut tiada sesiapa akan menziarahinya pada keesokan harinya dan keadaan itu akan berterusan

Ibu bapa mestilah bersikap penyayang terhadap anak-anak supaya kehidupan mendapat berkat.

Anak-anak hendaklah bertanggungjawab dalam menjaga ibu bapa semasa tua agar mendapat keredaan Tuhan.

Kita hendaklah menghargai dan menghormati ibu bapa yang telah banyak berjasa kepada kita

Penyajak membayangkan ketenangan hidup yang pernah dilaluinya pada usia muda. Pada usia tua, penyajak meluahkan rasa kecewa terhadap anak-anak yang kian melupakan ibu yang pernah mengandungkannya. Anak-anak tidak mahu bertanggungjawab menjaga ibu yang sudah tua sebaliknya menghantar dari rumah seorang anak ke rumah seorang anak yang tidak mahu menjaganya dengan lama. Hal ini menyebabkan penyajak berfikir tentang erti kehidupan sebagai ibu yang sebenar kerana dia tidak mempunyai tempat untuk mengadu  sakit.
Kita hendaklah berasa insaf dan sedar bahawa kehidupan di dunia hanya sementara. Penyajak berasa bahawa dirinya sebagai seorang ibu seolah-olah tidak bermakna kepada anak-anaknya. Namun, penyajak berdoa agar anak-anaknya diberi keinsafan atas kesilapan yang dilakukan oleh mereka agar tidak terus menjadi anak derhaka supaya duka dihatinya terubat. Penyajak sedar bahawa tiada yang kekal di dunia ini kecuali Tuhan.

Tema dan Persoalan (Novel Tingkatan 1)

Novel Pelari Muda : Tema dan Persoalan (Novel Tingkatan 1)

TEMA

Novel Pelari Muda mengungkapkan tema tentang semangat juang anak muda menghadapi pelbagai cabaran demi mengejar cita-cita. Contohnya Kamarul diduga dengan cabaran berat dalam hidupnya setelah dia menjadi terkenal kerana memenangi pingat emas dalam Sukan SEA di Brunei. Hubungan dengan rakan-rakannya semakin renggang kerana mereka menganggap dia semakin sombong dan sikapnya sudah berubah apatah lagi apabila dia enggan bertanding dalam kejohanan kecil seperti sukan tahunan sekolah. Kamarul cuba menafikan perkara itu namun akur bahawa dia semakin kurang menjalani latihan pusat dan bersikap biadap apabila ditegur oleh jurulatihnya.

………………………………………………………………

PERSOALAN

Kegigihan seorang atlet untuk meningkatkan prestasi

– Sures berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan rekod masa lariannya supaya dia dapat menewaskan rekod masa Kamarul.

Hubungan antara kawan baik

– Hubungan Kamarul dengan Saridah sangat rapat. Ibu Kamarul juga menyayangi Saridah seperti anaknya. Mak Jah tidak mahu Kamarul bergaduh dengannya lama. Hubungan Saridah dengan Juriah. Saridah sering menceritakan masalah yang dihadapinya kepada Juriah. Juriah juga menasihati Saridah supaya fokus akan pelajaran dan bukan bermain perasaan.

Tanggungjawab seorang jurulatih terhadap atletnya

– Encik Kadir juga mengambil berat tentang prestasi atlet-atletnya yang lain seperti prestasi Suradi yang naik dan turun.

Kesabaran menghadapi karenah manusia

– Encik Kadir bersabar dengan tingkah laku Kamarul yang kurang berdisiplin. Daripada memarahinya, beliau menasihati Kamarul dan memberikan pingat emas sebagai pembakar semangatnya. Beliau juga melawat Kamarul yang terlantar sakit kerana kamalangan di hospital walaupun Kamarul telah menyakiti hatinya.

Keprihatinan masyarakat terhadap musibah yang dihadapi orang lain

– Mak Jah prihatin dengan masalah yang dihadapi anaknya. Dia bertanyakan masalah yang dihadapi Kamarul setelah berasa pelik dengan perlakuannya yang tidak seperti kebiasaannya.

.

Sinopsis Bab 13, 14, 15 (Novel Tingkatan 1)

Novel Pelari Muda : Sinopsis Bab 13, 14, 15 (Novel Tingkatan 1)

Sinopsis Bab 13

Kontinjen Malaysia tiba di Bangkok. Kamarul ditempatkan di bilik hotel bersama-sama Sures. Sures hairan melihat wajah Kamarul yang muram. Kamarul memberitahu Sures bahawa dia bimbang akan prestasinya yang dikatakan menurun. Sures menasihatinya bahawa prestasi semasa latihan dan prestasi semasa pertandingan sebenar tidak sama.

Pelatih olahraga melakukan latihan dan ujian kecergasan. Encik Kadir berpuas hati kerana terdapat perkembangan baharu dalam kalangan atlet negara. Kamarul berasa gembira. Kamarul kemudiannya menghampiri De Wega. Dia berbual-bual dengan De Wega. Kamarul memberitahu De Wega bahawa dia banyak menyimpan gambar dan keratan akhbar tentang De Wega. Kini, dia dapat berkenalan dengan De Wega.

De Wega bercerita kepada Kamarul tentang pekerjaannya. Dia juga memberitahu Kamarul supaya berdisiplin dan jangan mudah lupa diri. Seterusnya, dia mengingatkan Kamarul supaya jangan mudah berputus asa atau kecewa. Kamarul mengangguk-angguk tanpa berkata apa-apa.

Sinopsis Bab 14

Upacara pembukaan Sukan SEA yang ke-14 berlangsung dalam suasana yang meriah. Kamarul dan Sures turut berbaris. Selepas upacara pembukaan, pertandingan bola sepak berlangsung antara pasukan Malaysia dengan pasukan Thailand.

Encik Kadir memberikan pingat kebanggaannya kepada Kamarul. Beliau meminta Kamarul mengikat pingat itu di pinggang sebagai pembakar semangat. Kamarul akur. Semasa di trek perlumbaan untuk bermula, dia melihat para lawannya. Pada mulanya dia tidak yakin, namun semangatnya datang apabila menyedari pingat di pinggangnya itu. Akhirnya, Kamarul berjaya mendapat tempat pertama dengan memecahkan rekod De Wega. Selepas perlumbaan tamat, Encik Kadir mengucapkan tahniah dan menyampaikan surat dari rakan-rakannya di Malaysia. Encik Kadir juga memberitahu Kamarul tentang persaraannya. Kamarul menyerahkan pingatnya itu kembali tetapi Encik Kadir meminta dia menyimpan pingat itu sebagai motivasi.

Sinopsis Bab 15

Sukan SEA Bangkok berakhir. Kamarul melawat De Wega di hotel atlet Filipina menginap. Kamarul menyampaikan cenderamata kepada De Wega. De Wega juga menghadiahkan pingat emasnya kepada Kamarul sebagai pembakar semangat. Kemudian, atlet-atlet Malaysia pulang kembali ke Malaysia. Kamarul disambut meriah oleh keluarganya, Saridah, dan rakan-rakannya.

.

Sinopsis Bab 10, 11, 12 (Novel Tingkatan 1)

Novel Pelari Muda : Sinopsis Bab 10, 11, 12 (Novel Tingkatan 1)

Sinopsis Bab 10

Dia tidak mengalami kecederaan yang serius. Dia hanya luka dan bengkak urat sahaja. Encik Kadir, Saridah, dan rakan-rakannya telah melawat Kamarul di hospital. Doktor Munirah membenarkan Kamarul pulang ke rumah. Kamarul berasa gembira, namun apabila terbayang wajah Encik Kadir, Sures, Saridah, Cikgu Zainal, dan ibunya, perasaan riangnya lenyap. Kamarul tersentuh oleh tindakan mereka itu lalu dia sedar akan kesalahan yang telah dilakukannya kepada mereka. Kamarul berasa dirinya sangat bersalah.

Encik Kadir muncul di hadapan katilnya untuk membawanya pulang. Kamarul mengucapkan terima kasih lalu meminta maaf. Encik Kadir memintanya melupakan perkara yang lalu. Encik Kadir memintanya berlatih dengan tekun bagi mengembalikan kecergasannya.

Sinopsis Bab 11

Kamarul teringat akan tajuk rencana akhbar yang dibacanya. Dia agak cemas kerana harapan yang terlalu tinggi terpaksa digalasnya. Kamarul diuji berlumba dengan Sures dan Rajip. Dalam ujian itu, dia memperoleh tempat tercorot. Dia tidak percaya akan keputusan tersebut. Encik Kadir menasihatinya supaya tidak berputus asa. Menurut Encik Kadir lagi, dia akan membantu Kamarul.

Kamarul melihat buku yang mencatatkan catatan yang pernah dibuatnya di Sukan MSSM, SUKMA, dan Sukan SEA. Dia sedar bahawa dia sudah jauh ketinggalan.

Sinopsis Bab 12

Kamarul akan berlepas ke Bangkok. Dia gelisah apabila Saridah belum datang lagi. Adibah dan Fazilah mengusik Kamarul yang kelihatan gelisah. Tidak lama kemudian, Saridah tiba di lapangan terbang. Kamarul tidak dapat berbual-bual lebih lama kerana waktu untuk berlepas sudah tiba. Rakan-rakannya mengucapkan kata-kata penuh semangat kepada Kamarul.

.

Watak Sampingan dan Perwatakan (Novel Tingkatan 3)

Novel Chot : Watak Sampingan dan Perwatakan (Novel Tingkatan 3)

WATAK SAMPINGAN DAN PERWATAKAN

Watak Sampingan :

1. Chot

Beruk peninggalan arwah bapa Alias.

Sangat sayang akan tuannya, Alias.

Patuh akan arahan tuannya.

2. Cikgu Sunan

Tinggi dan berbadan sederhana besar.

Guru kelas tahun lima.

Guru mata pelajaran Matematik.

Garang – Cikgu Sunan cepat melenting apabila murid-murid tahun lima tidak dapat menjawab soalan Matematik dan kerja rumah pelajaran Matematik tidak siap.

Benci akan Alias.

Menyesal atas perlakuannya yang tidak memberi layanan sebaiknya kepada Alias.

3. Leha

Ibu Alias.

Ibu yang menitikberatkan pendidikan agama – menegur Alias apabila terdapat kesalahan membaca doa qunut dan kesalahan dalam solat-solat lain. Malahan, selalu mengingatkan Alias tentang kewajipan menunaikan solat.

Ibu yang menitikberatkan pendidikan sekular – mengingatkan Alias tentang kepentingan ilmu pengetahuan apabila Alias ponteng sekolah terlalu lama.

4. Som

Murid tahun lima.

Sahabat baik Alias.

Takut akan Cikgu Sunan.

Lemah dalam mata pelajaran Matematik.

Suka bergurau.

Prihatin akan nasib Alias.

Baik hati.

5. Mak Su Kiah

Berbadan sedikit gempal dan berambut panjang.

Baik hati – memberi makanan tengah hari untuk Alias dan ibunya.

6. Pak Din

Bapa Som

Kematian isteri

Baik hati – banyak membantu ketika Alias dalam kesusahan.

.

Watak Utama dan Perwatakan (Novel Tingkatan 3)

Novel Chot : Watak Utama dan Perwatakan (Novel Tingkatan 3)

WATAK UTAMA DAN PERWATAKAN

Watak Utama :  Alias

Murid tahun lima yang kehilangan bapanya kerana terjatuh dari pokok kelapa.

Murid yang pintar dalam mata pelajaran Matematik – Alias menjadi rujukan Som untuk membuat latihan Matematik.

Anak yang taat akan nasihat ibunya – patuh akan suruhan dan teguran ibunya supaya menunaikan solat dan membaca al-Quran.

Anak yang bertanggungjawab – Alias mengambil alih peranan bapanya. Dia membeli barangan keperluan harian seperti beras, gula, kopi dan ikan gelama.

Berjiwa lembut – berkecil hati dengan sikap Som yang menegur bau telinga yang busuk.

Gigih – Alias membawa buku latihan ke mana-mana sahaja dia pergi walaupun ketika memetik kelapa.

Tidak berdendam – Alias melayan Cikgu Alias dengan ramah ketika kunjungan guru kelas itu ke rumahnya sekalipun Cikgu Alias menengkingnya sehingga dia jatuh terlentang di dalam kelas sehingga telinganya terkena bucu meja murid.

.

Tema dan Persoalan (Novel Tingkatan 3)

Novel Chot : Tema dan Persoalan (Novel Tingkatan 3)

TEMA

Kasih sayang sesama makhluk ciptaan Tuhan

PERSOALAN

Hubungan manusia dengan makhluk Tuhan.

Kasih sayang antara manusia dan haiwan.

Kesempitan hidup masyarakat luar bandar.

Kemiskinan menjadi penghalang dalam mengejar impian.

Kepentingan pendidikan dalam hidup.

Sikap anggota masyarakat yang bertindak melulu.

.

Soalan KBAT Komsas Tingkatan 4

Soalan KBAT Komsas Tingkatan 4 : SYAIR BIDASARI

1. Sebagai rakyat yang prihatin, apakah sumbangan anda kepada mangsa yang ditimpa bencana?

P1 Bantuan kewangan

P2 Bantuan ubat-ubat, makanan dan pakaian

P3 Sokongan moral iaitu khidmat kaunseling

P4 Perlindungan keselamatan kepada mangsa bencana

2. Persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi musibah tidak disangka-sangka.

P1 Orang ramai perlu menguasai ilmu tentang sesuatu  musibah yang pernah berlaku di negara-negara lain.

P2 Pihak kerajaan menyediakan alat kawalan keselamatan /alat penggera di kawasan yang berisiko

P3 Pihak kerajaan menyediakan kawasan penempatan baharu yang lebih tinggi dan selamat.

P4 Media massa menyebarkan maklumat keselamatan kepada masyarakat .

.