Watak dan Perwatakan

Cerpen Gerhana Manusia : Watak dan Perwatakan

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama – Nusia

1.         Seorang jururawat yang bertugas di wad Unit Rawatan Rapi.

2.         Dia seorang yang akur akan perintah ketua. Nusia mengikut arahan Profesor Dr Juaidi supaya memberikan sebotol gelafundin kepada Solehah untuk menggantikan darah tulen.

3.         Nusia seorang yang penyayang. Dia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya.

4.         Nusia seorang yang bertanggungjawab. Dia berusaha memberikan khidmat kepada pesakit-pesakitnya dengan penuh tanggungjawab.

5.         Dia seorang yang sangat bersimpati. Nusia menitiskan air mata melihat penderitaan yang dialami oleh Solehah.

6.         Dia seorang yang berhati mulia. Nusia dan Dr Murni bersama-sama ke bank darah untuk menderma darah untuk kegunaan pesakit di hospital itu.

Watak Sampingan

Doktor Murni

1.         Seorang pegawai perubatan muda si sebuah hospital.

2.         Bertugas merawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi.

3.         Dia seorang yang prihatin dan bertanggungjawab. Contohnya, Dr Murni memaklumkan kepada Dr Juaidi mengenai bekalan darah yang telah kehabisan stok.

4.         Seorang yang tenang ketika merawat pesakit. Dr Murni menasihati Nusia agar tidak terlalu emosional ketika merawat Tuan Besar Musa.

5.         Seorang yang berpendirian tegas. Dr Murni menyerahkan surat peletakan jawatannya tanpa sebarang syarat.

6.         Seorang yang rasional dalam tindakannya. Dr Murni menyerahkan surat peletakan jawatannya kerana hilang keyakinan terhadap hospital tersebut.

Profesor Doktor Juaidi

1.         Seorang pegawai perubatan senior di hospital.

2.         Ketua jabatan kepada Dr Murni dan Nusia.

3.         Dia amat mementingkan ganjaran material daripada nilai kemanusiaan. Dr Juaidi berusaha menyelamatkan Tuan Besar Musa sehingga mengabaikan pesakit-pesakit lain supaya tidak kehilangan tajaan berjumlah RM100 ribu.

4.         Dia seorang yang bijak dalam menyelesaikan masalah. Dr Juaidi meminta Dr Murni menghubungi hospital lain bagi mendapatkan bekalan darah yang kehabisan stok.

5.         Dia seorang yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, dia meminta Nusia menggunaan gelafundin bagi menggantikan darah tulen untuk dimasukkan ke dalam tubuh Solehah.

Tuan Besar Musa

1.         Seorang ahli korporat dan teknokrat yang berjaya.

2.         Seorang dermawan.

3.         Mempunyai seorang isteri jelita yang tidak setia.

4.         Dia mengambil minuman keras selama bertahun-tahun.

5.         Seorang pesakit yang sedang koma dan akhirnya meninggal dunia.

6.         Dia menjadi penyumbang utama dana kelab elit hospital.

Teknik Plot

Cerpen Gerhana Manusia : Teknik Plot

TEKNIK PLOT

1.         Teknik Pemerian  –  pengarang menggambarkan keadaan Tuan Besar Musa ketika dirawat.

2.         Teknik dialog – perbualan antara Nusia dan Dr Murni tentang Tuan Besar Musa yang sedang terlantar di katil dalam keadaan koma dan tenat.

3.         Teknik monolog – Nusia berkata-kata dalam hatinya tentang keperluan bekalan darah yang diperlukan daripada hospital lain.

4.         Teknik saspens – pembaca tertanya-tanya tentang keadaan Solehah apabila tekanan darahnya semakin menurun.

5.      Teknik kejutan – Nusia dan Profesor Dr Juaidi terkejut apabila Dr Murni meletakkan jawatannya serta-merta.

Bentuk dan Ciri-ciri Sajak

Sajak Pada Sekuntum Mawar : Bentuk dan Ciri-ciri Sajak

(a)   Terdiri daripada tiga rangkap.

(b)   Rangkap pertama mempunyai tiga baris, rangkap kedua mempunyai enam baris, dan rangkap ketiga mempunyai lima baris.

(c)   Bilangan katanya dua hingga enam patah kata sebaris.

(d)   Terdiri daripada lima hingga empat belas suku kata sebaris.

(e)   Bentuknya bebas.

Nilai dan Pengajaran

Sajak Kucari Damai di Sini : Nilai dan Pengajaran

Nilai

(a)   Kesyukuran.

(b)   Hormat-menghormati.

(c)   Patriotisme.

(d)   Keinsafan.

.

Pengajaran

(a)   Kita mestilah berusaha mendapatkan dan mengekalkan kedamaian.

(b)   Kita hendaklah menghargai kemerdekaan negara.

(c)   Kita hendaklah memastikan kedamaian negara terus berkekalan.

(d)    Kita hendaklah menyelesaikan sebarang krisis dengan bijaksana.

(e)   Kita perlulah menjaga negara kita dengan baik untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

Tema dan Persoalan

Sajak Kucari Damai di Sini : Tema dan Persoalan

Tema

Penghargaan terhadap kedamaian dan kesejahteraan negara.

.

Persoalan

(a)   Kedamaian hendaklah diusahakan kerana kedamaian tidak akan datang dengan sendirinya.

(b)   Negara kita ialah negara yang aman dan makmur.

(c)   Kemerdekaan hendaklah diperjuangkan agar beroleh kemajuan.

(d)   Kedamaian akan wujud dengan adanya nilai kasih sayang.

(e)   Harapan agar kemerdekaan negara kita akan menjadi kebanggaan generasi akan datang.

Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi, Nada

Sajak Roti : Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi, Nada

(a)   Hiperbola. Contohnya, nafsu makan pun bergelora; melangit damai dirasa.

(b)   Metafora: Contohnya, percikan iman.

(c)   Personifikasi. Contohnya, selera kian menggelepar.

(d)   Simile. Contohnya, terhidang seumpama permaidani terhampar.

(e)   Asonansi. Contohnya, Bagi pemilik iman di dada (perulangan vokal i)

(f)    Aliterasi. Contohnya, Bila begitu selamanya (perulangan konsonan b).

(g)   Rima akhir bagi rangkap pertama ialah ialah abaa dan rima akhir bagi rangkap kedua hingga kelima aaaaa.

.

Nada

Didaktik.

Maksud

Sajak Roti : Maksud

Rangkap 1

Roti yang dibuat di dapur membangkitkan selera. Selera itu bangkit kerana baunya yang harum.

Rangkap 2

Selera untuk makan roti bertambah apabila melihat roti dibakar, kemudian melihat roti yang rangup itu terhidang.

Rangkap 3

Apabila roti sudah dihidangkan di hadapan mata, selera kian meningkat. Protagonis makan roti itu sampai kenyang dan bersendawa.

Rangkap 4

Bagi orang yang beriman dan mempunyai perikemanusiaan yang tinggi, selepas berasa kenyang mereka teringat akan orang miskin yang tidak mendapat makanan seperti mereka. Orang yang beriman memikirkan tugas untuk membela orang miskin.

Rangkap 5

Jika banyak orang yang beriman, maka berkuranglah orang yang menderita di dunia ini. Orang yang susah akan bersyukur kerana mereka dibantu oleh golongan yang berada dan beriman.

Bentuk dan Ciri-ciri Sajak

Sajak Dalam Persekitaran Kata-kata : Bentuk dan Ciri-ciri Sajak

(a)   Terdiri daripada empat rangkap.

(b)   Rangkap pertama dan rangkap kedua mempunyai lima baris, rangkap ketiga mempunyai sembilan baris, dan rangkap keempat mempunyai tiga baris.

(c)   Bilangan katanya dua hingga empat patah kata sebaris.

(d)   Terdiri daripada lapan hingga tiga belas suku kata sebaris.

(e)   Bentuknya bebas.

Karangan Bahasa Melayu

Langkah-langkah Membentuk Amalan Gaya Hidup Sihat

Amalan membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.

Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakat kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamat yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.

Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.

Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masabagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak dihurung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.

Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan,masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka.Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat. Ingatlah slogan yang sering diwar-warkan oleh kerajaan bahawa, “Negara bersih, rakyat sihat”.

Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini. Sesuai dengan falsafah moden yang berbunyi, “Carilah sahabat yang dapat dijadikan ubat, dapat dijadikan penawar hati”.

Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.

Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

.

Tema dan Persoalan (Komsas Tingkatan 5)

Sajak Erti Hidup Bererti : Tema dan Persoalan (Komsas Tingkatan 5)

TEMA
kesunyian hidup yang dilalui oleh golongan warga tua yang sentiasa mendambakan kasih sayang daripada anak-anaknya serta berharap agar anak-anaknya datang menjenguknya.

PERSOALAN

 
Kesunyian hidup pada usia tua Penyajak sentiasa kesunyian kerana malam yang dilalui begitu sepi.

Bagi orang tua tersebut tiada sesiapa akan menziarahinya pada keesokan harinya dan keadaan itu akan berterusan

Kasih sayang orang tua yang tidak dihargai oleh anak-anak

 

 

Sikap anak-anak yang saling menolak tanggungjawab untuk menjaga orang tua

Penyajak membayangkan ketenangan hidup yang pernah dilaluinya pada usia muda. Pada usia tua, penyajak meluahkan rasa kecewa terhadap anak-anak yang kian melupakan ibu yang pernah mengandungkannya. Anak-anak tidak mahu bertanggungjawab menjaga ibu yang sudah tua sebaliknya menghantar dari rumah seorang anak ke rumah seorang anak yang tidak mahu menjaganya dengan lama. Hal ini menyebabkan penyajak berfikir tentang erti kehidupan sebagai ibu yang sebenar kerana dia tidak mempunyai tempat untuk mengadu  sakit.
Harapan ibu bapa kepada anak-anak Penyajak berasa bahawa dirinya sebagai seorang ibu seolah-olah tidak bermakna kepada anak-anaknya. Namun, penyajak berdoa agar anak-anaknya diberi keinsafan atas kesilapan yang dilakukan oleh mereka agar tidak terus menjadi anak derhaka supaya duka dihatinya terubat. Penyajak sedar bahawa tiada yang kekal di dunia ini kecuali Tuhan.