Novel Pantai Kasih : Latar Tempat (Novel Tingkatan 4)
Latar Tempat
- Latar Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Pusat rawatan mewah milik keluarga Doktor Uwang
o Tempat Raiha bertugas sebagai pakar bedah.
o Tempat Unong Siron mendapat rawatan pembedahan tulang pinggulnya selama enam kali pembedahan
o Tempat Doktor Uwang mengalami kekejangan otot kaki dan kemalangan sehingga terpaksa pembedahan dilakukan ke atasnya.
o Pusat rawatan bagi pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana atau menengah bawah mendapatkan rawatan.
o Tempat Sister Felicia bekerja dan ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor.
- Apartment Raiha
o Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam kematian anaknya dan dibiarkan hidupnya tergantung-gantung oleh Doktor Sadiz.
o Tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas seharian bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Tempat Raiha memendam rasa dan menyendiri serta merasai kesukaran menghadapi peristiwa hitam yang dialami beberapa tahun lalu.
- Rumah Tumpangan
o Tempat Raiha dan anaknya bermalam selepas Raiha membawa anaknya keluar dari rumah agam milik Doktor Sadiz
o Tidak jauh dari rumah inilah anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz rentung akibat kereta mewah Porsche milik mereka terbakar, kebetulan anak perempuan mereka berada di situ pada waktu itu.
- Rumah Doktor Uwang
o Tempat tinggal Doktor Uwang dan keluarganya
o Tempat berlangsungnya sambutan ketibaan tahun baru, sehingga memaksa Doktor Uwang menghantar Sister Felicia dan Doktor Sadiz pulang.
o Tempat isterinya yang jelita mengurut kakinya di hadapan TV.
- Mahkamah Keluarga
o Tempat perbicaraan kes perceraian Raiha dan juga Doktor Sadiz selepas peristiwa kematian anak perempuan mereka akibat rentung.
- Wad Super VVIP
o Salah satu bilik rawatan kelas mewah yang ada di Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Hampir menyerupai bilik hotel bertaraf lima bintang
o Dihuni oleh pesakit elit bergelar datin
o Datin sedang mendapatkan rawatan D& C di pusat rawatan itu.
- Daerah Inanam
o Tempat Raiha dan Felicia sama-sama belajar di sekolah rendah
o Tempat tinggal Felicia di muara sungai di daerah Inanam ini
- Hospital Kinabalu
o Tempat Raiha baharu bertugas di situ.
o Sempat bertugas beberapa tahun di situ
o Tempat Sister Felicia berkhidmat sebagai jururawat
.