Latar Masa (Novel Tingkatan 4)

Novel Pantai Kasih : Latar Masa (Novel Tingkatan 4)

Latar Masa

  1. Malam Hari

Kemalangan Doktor Uwang

o    Doktor Uwang menerima panggilan palsu yang menyatakan bahawa berlakunya kecemasan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

o    Sewaktu membelok ke kawasan pusat rawatan, lutut kakinya kejang dan pergelangan tangannya juga kebas menyebabkan dia terbabas dan melanggar tembok di pusat rawatan tersebut.

o    Kemalangan tersebut telah menyebabkan Raiha melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang menggunakan kelengkapan hospital milik keluarganya yang biasa digunakan untuk membuat pembedahan terhadap pesakit golongan menengah dan sederhana.

Pencerobohan Pusat Rawatan Pantai Kasih

o    Seorang lelaki telah menceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih dan telah menahan Sister Felicia yang dalam keadaan mamai di Farmasi pusat rawatan tersebut.

o    Lelaki tersebut akhirnya telah dapat dikawal apabila emak Unong Siron membantu secara psikologi yang menyatakan bahawa anaknya Unong memerlukan bantuannya sebagai doktor. Walau bagaimanapun Unong sudah dipindahkan ke hospital lain dan meminta dia ke hospital tersebut. Degan helah tersebut, lelaki itu dapat diperdaya.

Kemalangan yang Meragut Nyawa Anak Perempuan Raiha dan Doktor Sadiz

o    Anak perempuan hasil perkahwinan Raiha dan Doktor Sadiz rentung selepas dia disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah milik Doktor Sadiz.

o    Pada malam tersebut Doktor Sadiz dihantar pulang oleh Doktor Uwang ke rumahnya dan turut ditemani oleh Sister Felicia, namun setibanya di rumah didapati Raiha sudah membawa anak perempuannya itu lari. Doktor Sadiz dengan rasa marah meminta Felicia membeli minyak petrol dan dia menyimbah minyak petrol tersebut ke kereta mewah miliknya kerana berasa marah dengan tindakan Raiha. Tanpa disedari anak perempuannya itu ada di situ pada waktu itu dan disambar api yang sedang marah membakar kereta mewahnya itu sehingga meragut nyata anak perempuannya itu.

Kunjungan Raiha ke Pusat Rawatan Pantai Kasih

o    Raiha berkunjung ke Pusat Rawatan Pantai Kasih apabila mendapat panggilan kecemasan. Walau bagaimanapun sebenarnya itu hanyalah panggilan palsu. Namun, Raiha mengambil peluang itu untuk menziarahi Unong yang baharu sahaja dibedah buat kali keenam dan melihat keadaannya pada waktu.

o    Pada waktu yang sama juga, Doktor Uwang terlibat kemalangan sehingga menyebabkan Raiha membuat keputusan untuk melakukan pembedahan ke atasnya.

  1. Waktu Senja

Pembedahan keenam

o    Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsung pada waktu senja. Pembedahan itu telah berjaya dilakukan oleh Raiha selepas diminta oleh Doktor Uwang. Walaupun Raiha mempersoalkan peranannya, namun dia mengambil alih pembedahan tersebut dengan penuh tanggungjawab dan mengharapkan agar pembedahan tersebut adalah pembedahan terakhir untuk gadis lincah Unong Siron.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s