Peranan Ahli keluarga untuk Memastikan Kanak-kanak dan Remaja Terhindar daripada Masalah Obesiti

Peranan Ahli keluarga untuk Memastikan Kanak-kanak dan Remaja Terhindar daripada Masalah Obesiti

Pendahuluan:

  • obesiti bermaksud keadaan berat badan berlebihan akibat pengumpulan sejumlah besar lemak di dalam badan
  • masalah obesiti ini dialami oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak dan remaja akibat amalan pemakanan yang tidak sihat
  • kanak-kanak dan dan remaja menggemari makanan segera seperti ayam goreng dan burger serta makanan ringan yang mengandungi kandungan lemak dan gula yang tinggi
  • masalah obesiti juga berlaku akibat kurangnya aktiviti fizikal – kanak-kanak dan remaja gemar menghabiskan masa mereka dengan telefon pintar dan komputer
  • setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan untuk memastikan kanak-kanak dan remaja terhindar daripada masalah obesiti ini.

Isi-isi Penting:

  • ibu bapa perlu mengurangkan kunjungan mereka ke restoran makanan segera – restoran makanan segera seperti KFC, McDonald’s dan Pizza Hut dapat dilihat di mana-mana sahaja – seperti cendawan tumbuh selepas hujan – pengambilan makanan segera ini merupakan amalan pemakanan tidak sihat dan harus dikurangkan dalam diet harian kerana makanan ini mengandungi kadar garam dan lemak yang tinggi yang menyumbang kepada masalah obesiti
  • ibu bapa perlu sentiasa mengawasi anak-anak mereka supaya mereka menjauhi amalan pemakanan tidak sihat – bapa yang merupakan ketua keluarga perlulah lebih tegas dengan mengadakan peraturan tentang makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan oleh anak-anak – makanan yang perlu dijauhi oleh anak-anak ialah gula-gula, snek, coklat dan aiskrim – minuman berkarbonat menyebabkan obesiti kerana mengandungi kadar kandungan gula yang tinggi
  • ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka mengamalkan tabiat makan makanan seimbang – ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka banyak memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta mengurangkan pengambilan makanan yang berlemak – ibu hendaklah kerap memasak dengan cara mengukus, membakar atau merebus makanan – ibu bapa haruslah menerapkan amalan makan makanan seimbang kepada anak-anak mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya
  • ibu bapa seharusnya menggalakkan anak-anak mereka beriadah dan melakukan aktiviti sukan – kerana kemajuan teknologi menjadikan mereka lebih gemar menghabiskan masa di dalam rumah dengan cara menonton televisyen, bermain permainan komputer dan terlalu asyik dengan telefon bimbit – keadaan ini meningkatkan risiko kanak-kanak kepada masalah obesiti – kakak atau abang haruslah ringan tulang membantu ibu bapa dengan cara menemani adik mereka yang masih berumur setahun jagung itu bermain di luar rumah

Penutup:

  • ahli keluarga, khususnya ibu bapa memainkan peranan yang amat penting untuk menghindari masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan remaja
  • setiap ahli keluarga perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menangani masalah ini agar masalah obesiti ini tidak menjadi masalah kesihatan yang akan menjejaskan kebahagiaan sesebuah keluarga kerana kesihatan ialah kunci kebahagiaan
  • masalah obesiti mengundang pelbagai masalah kesihatan yang kronik seperti penyakit jantung dan diabetes
  • sikap mencegah lebih baik daripada mengubati perlu diamalkan oleh setiap ahli keluarga melalui penerapan amalan pemakanan dan gaya hidup sihat

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s