Faedah-faedah menabung

Faedah-faedah menabung

Pengenalan
Menabung merupakan amalan mulia dan perlu diamalkan sejak kecil.
– pelbagai faedah dapat dinikmati oleh golongan yang suka menabung
– masa depan terjamin dan tidak menghadapi kesusahan pada waktu-waktu kecemasan
– perlu disahut oleh pelbagai lapisan masyarakat di negara kita

Isi-isi Utama
Amalan menabung mengurangkan sikap boros kepada pelajar.
– berbelanja dengan berhemah kerana lebihan wang yang ada akan ditabung
– membeli barangan yang perlu sahaja dan tidak membazirkan wang
– bijak berbelanja dan kadar inflasi negara dapat dikurangkan

Wang yang ditabung akan dapat mengurangkan beban ibu bapa.
– membantu mereka untuk membayar yuran dan pelbagai lagi keperluan sekolah
– membeli barangan atau buku yang dikehendaki oleg guru dengan segera
– berasa bangga dan bersyukur mempunyai anak yang sebijak ini

Amalan menabung juga sebagai persediaan untuk pelajar melanjutkan pelajaran.
– mampu untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA atau ke IPTS
– mampu membayar segala yuran pengajian sepanjang tempoh tersebut
– tidak terlalu bergantung kepada pinjaman atau biasiswa

Tabungan yang ada boleh dijadikan sumber untuk menambahkan wang yang ada.
– memasukkan wang tersebut ke dalam saham-saham amanah yang disediakan
– mendapat pulangan yang lumayan pada setiap tahun
– wang tabungan kita akan sentiasa bertambah dari tahun ke tahun

Pelajar dapat menggunakan wang tabungan tersebut pada waktu-waktu kecemasan.
– peristiwa yang tidak diduga seperti kemalangan atau penyakit yang berbahaya
– mendapatkan rawatan yang sempurna di hospital kerajaan atau swasta
– kehidupan para pelajar juga tidak akan terjejas

Penutup
Amalan menabung merupakan amalan yang mulia.
– perlu disemai dalam kalangan pelajar sejak kecil
– melalui kempen-kempen dalam media massa atau cetak
– sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s